mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2026 : ESUKAN – ADAM HASIF BIN ISMAIL

Nama : Adam Hasif bin Ismail
Umur : 16 tahun
Ahli : 1 November 2024

Latar belakang
Adam merupakan seorang remaja yang meminati permainan video seperti Mobile Legends, namun sebelum ini beliau tidak mengambil minat tersebut secara serius. Adam kurang mempunyai motivasi dalam pelajaran, sekali gus menyebabkan keyakinan dirinya berada pada tahap yang rendah. Keadaan ini turut memberi kesan terhadap perkembangan potensi dirinya, di mana beliau kurang berani mencuba perkara baharu dan tidak yakin untuk menonjolkan kebolehan yang dimiliki.

Sebelum penglibatan NADI
Sebelum terlibat dalam kelas kesedaran e-sukan di NADI, Adam telah diajak oleh seorang rakan untuk mengunjungi pusat NADI dan menyertai kelas tersebut. Melalui pendedahan awal yang diterima di NADI, Adam mula membuka minda terhadap dunia e-sukan dan memahami potensi yang boleh dibangunkan melalui bidang tersebut. Setelah mengikuti kelas kesedaran e-sukan anjuran NADI, beliau menyedari bahawa e-sukan bukan sekadar hiburan, malah merupakan satu bidang yang bermanfaat, berdaya saing dan mampu membentuk kemahiran diri. Pendedahan ini turut meningkatkan keyakinannya sehingga mendorong beliau untuk menyertai pertandingan Mobile Legends yang dianjurkan oleh NADI.

Selepas penglibatan NADI
Selepas mengikuti kelas kesedaran e-sukan di NADI, Adam bukan sahaja memperkukuh kemahiran permainan, malah membina sikap positif dalam diri seperti disiplin, fokus dan kerjasama berpasukan. Pendedahan berterusan melalui latihan dan penyertaan aktiviti e-sukan telah membantu Adam meningkatkan prestasi permainannya secara konsisten. Usaha tersebut membuahkan hasil apabila Adam bersama pasukannya berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dalam pertandingan Mobile Legends anjuran NADI. Kejayaan ini menjadi titik tolak kepada penglibatan aktif Adam di NADI, di mana beliau terus komited menyertai program dan aktiviti e-sukan yang dianjurkan sebagai platform pembangunan diri.

Gambar Disini