Nama | : Nur Aisyi binti Noordin |
Umur | : 46 tahun |
Ahli | : 2 September 2023 |
Latar belakang
Puan Nur, seorang wanita tabah yang tidak pernah berputus asa dalam mengejar impian, dahulunya bekerja sebagai tukang jahit demi menyara keluarga. Namun, impiannya untuk memiliki perniagaan sendiri mendorong beliau membuka kedai keropok losong pada tahun 2015, berbekalkan simpanan dan ilmu masakan keluarga. Bermula dari dapur rumah, beliau menghasilkan keropok secara manual, dan keaslian rasanya berjaya menarik minat pelanggan tempatan.
Sebelum penglibatan NADI
Sebelum menjadi ahli NADI, beliau hanya fokus kepada jualan fizikal dan tidak pernah mengikuti kelas NADI. Namun, akibat pandemik Covid-19 pada tahun 2020, beliau beralih kepada perniagaan atas talian melalui Facebook, berbekalkan ilmu daripada YouTube. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, beliau berjaya menjana pendapatan sekitar RM3000 sebulan. Dengan pengurusan kewangan yang bijak dan usaha berterusan, perniagaannya kekal dan terus berkembang dalam dunia digital.
Selepas penglibatan NADI
Kehadiran beliau ke NADI untuk urusan SSM menjadi titik mula perjalanan usahawanannya. Selepas mendaftar sebagai ahli dan mengikuti kelas keusahawanan, yang diadakan secara atas talian oleh pihak NADI. Beliau juga telah menghadiri Bootcamp Usahawan cohort 2 yang diadakan di Hotel Ibis Kota Bharu. Dengan bimbingan NADI, jualannya meningkat hingga melebihi empat angka sebulan. Kini, beliau menikmati kejayaan dalam perniagaan atas talian dan menjadi inspirasi kepada usahawan lain.