mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2025 : ESUKAN – MUHAMMAD ADIB IMAN BIN NORAZIZAN

Nama : Muhammad Adib Iman bin Norazizan
Umur : 15 tahun
Ahli : 1 November 2024

Latar belakang
Adib ialah seorang remaja yang meminati permainan video seperti Mobile Legends, tetapi tidak pernah mengambilnya secara serius. Dia sering dikritik oleh Kawan-kawannya dan kurang motivasi dalam pelajaran.

Sebelum penglibatan NADI
Sebelum penglibatannya dalam kelas kesedaran e-sukan di NADI, Adib telah diajak oleh kawannya untuk hadir ke pusat tersebut dan menyertai kelas tersebut. Walaupun pada mulanya ragu-ragu, Adib akhirnya bersetuju dan mula menyedari potensi e-sukan sebagai satu bidang yang bermanfaat. Setelah diperkenalkan kepada kelas kesedaran e-sukan anjuran NADI, Adib mula menyedari potensi e-sukan sebagai kerjaya. Kelas tersebut meningkatkan keyakinannya, dan akhirnya dia menyertai pertandingan Mobile Legends anjuran NADI.

Selepas penglibatan NADI
Selepas menyertai kelas kesedaran e-sukan di NADI, Adib telah mempelajari banyak perkara berkaitan e-sukan seperti strategi permainan, kerja berpasukan dan disiplin diri. Pengalaman itu meningkatkan kemahirannya, dan akhirnya Adib berjaya menyertai pertandingan Mobile Legends, di mana pasukannya mara ke peringkat separuh akhir. Sejak itu, Adib menjadi lebih aktif di NADI dan terus melibatkan diri dalam aktiviti e-sukan di NADI.

Gambar Disini