Kesihatan
Antara objektif utama pembinaan klinik kesihatan dan hospital adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan kesihatan yang lebih kondusif, cekap serta berkualiti kepada masyarakat. Dengan adanya kemudahan kesihatan ini, penduduk setempat dapat memperoleh akses yang lebih mudah kepada perkhidmatan perubatan, sekali gus membantu meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.
Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai merupakan hospital yang kedua terbesar di Kelantan. Hopital ini mempunyai pakar-pakar yang bertauliah. HSIP merupakan tumpuan bagi pesakit di sekitar Kuala Krai dan daerah-daerah lain kerana perkhidmatan pakar yang ramai di HSIP. Hospital ini terletak di Jalan raya Kuala Krai-Gua Musang. Jarak dari Bandar Kuala Krai ke HSIP ialah sekitar 10 km.
Klinik Kesihatan Bandar (KKB) Kuala Krai menyediakan perkhidmatan untuk pesakit luar, kesihatan ibu dan anak, pergigian, pentadbiran dan pengurusan. Unit sokongan pula meliputi unit makmal, unit farmasi, unit pemulihan anggota dan unit perkhidmatan x-ray. Klinik ini beralamat Lot 2710, Jalan Pintas Kuarters Hospital Kuala Krai 18000 Kuala Krai, Kelantan.
Waktu Operasi:
1. Hospital Sultan Ismail Petra Kuala krai (HSIP) : 24jam (Dibuka setiap hari) / Hubungi: 09-9611666
2. Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai (KKB) : 8.00pagi – 5.00petang (Tutup: Jumaat dan Sabtu) / Hubungi: 09-9668933
(Sumber:Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan)