| Tarikh | : 05 Januari 2026 |
| Masa | : 3.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : NADI Guchil |
| Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
- Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu Tingkatan 4, merangkumi kemahiran membaca, menulis dan memahami teks.
- Membantu pelajar menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan, khususnya bahagian pemahaman, tatabahasa dan penulisan.
- Memperkukuh kemahiran menulis karangan dan rumusan dengan penggunaan idea matang, struktur betul dan bahasa gramatis.
Aktiviti
- Bimbingan Berfokus Topik Utama: Pengajaran topik penting seperti pemahaman petikan, tatabahasa, rumusan dan karangan secara berperingkat.
- Latihan Intensif & Perbincangan Jawapan: Latihan soalan SPM/format peperiksaan dengan kupasan jawapan dan pembetulan kesalahan lazim.
- Klinik Penulisan Karangan: Bimbingan membina pendahuluan, isi dan penutup serta penggunaan peribahasa dan kosa kata tepat.