mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2026 : DILEA – NUR SYIFA KHUMAIRA BINTI MOHD ROSLY

Nama : Nur Syifa Khumaira Binti Mohd Rosly
Umur : 16 tahun
Ahli : 5 Ogos 2022

Latar belakang
Nur Syifa Khumaira Binti Mohd Rosly merupakan seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun yang mempunyai minat tinggi dalam pelajaran dan pembangunan diri. Beliau seorang pelajar yang rajin serta sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian akademik demi masa depan yang lebih cemerlang. Selain aktif dalam pembelajaran di sekolah, beliau juga berminat untuk menyertai program Kelas Tuisyen Rakyat di NADI bagi menambah ilmu dan memperkukuhkan kefahaman dalam subjek tertentu. Penyertaan beliau dalam program ini diharap dapat membantu meningkatkan keyakinan diri serta mencapai keputusan akademik yang lebih baik.

Sebelum penglibatan NADI
Sebelum penglibatan dalam kelas di NADI, Nur Syifa Khumaira Binti Mohd Rosly menjalani sesi pembelajaran seperti biasa di sekolah dengan bergantung kepada pembelajaran kendiri di rumah. Beliau mempunyai semangat untuk belajar namun kadangkala menghadapi kesukaran memahami beberapa subjek tertentu tanpa bimbingan tambahan. Oleh itu, peluang menyertai kelas tuisyen rakyat dilihat sebagai satu inisiatif yang dapat membantu meningkatkan kefahaman dan prestasi akademiknya.

Selepas penglibatan NADI
Selepas penglibatan dalam kelas di NADI, Nur Syifa Khumaira Binti Mohd Rosly menunjukkan peningkatan dari segi kefahaman pembelajaran dan keyakinan diri dalam menjawab soalan akademik. Beliau juga menjadi lebih bersemangat untuk belajar serta lebih aktif ketika sesi pembelajaran berlangsung. Penyertaan dalam program ini turut membantu beliau meningkatkan disiplin diri dan motivasi untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Gambar Disini