| Tarikh | : 2 Disember 2025 |
| Masa | : 9.30 pagi – 10.30 pagi |
| Lokasi | : NADI Guchil |
| Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
- Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris melalui pengajaran berstruktur dan mudah diakses.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan secara langsung dan mendapatkan penjelasan segera daripada guru pakar.
- Menggunakan platform digital sebagai medium pembelajaran yang lebih fleksibel dan menarik.
Aktiviti
- Peserta berjaya menghadiri sesi pembelajaran secara dalam talian melalui platform Google Meet. Sepanjang sesi, mereka memberikan tumpuan sepenuhnya dan terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru.
- Guru menyampaikan pengajaran dengan pendekatan interaktif yang merangkumi penerangan topik, sesi soal jawab dan aktiviti latihan. Kaedah ini membantu meningkatkan kefahaman pelajar secara berkesan dalam masa yang singkat.
- Peserta menerima maklum balas secara langsung daripada guru berkaitan prestasi dan pemahaman mereka. Keseluruhan sesi berlangsung dengan lancar, teratur dan menepati masa yang telah dijadualkan.