| Tarikh | : 20 April 2026 |
| Masa | : 10.00 pagi – 11.00 pagi |
| Lokasi | : NADI Guchil |
| Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
- Memberi pendedahan kepada usahawan tentang platform digital seperti media sosial, website dan marketplace untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan.
- Membantu peserta membina strategi yang efektif seperti mengenal pasti sasaran pelanggan, pemilihan platform yang sesuai dan teknik menarik perhatian audiens.
- Menggalakkan usahawan menggunakan alat digital seperti iklan berbayar, analitik dan content marketing bagi meningkatkan capaian serta jualan perniagaan.
Aktiviti
- Peserta diminta mengenal pasti target market (umur, minat, lokasi) dan membina profil pelanggan (customer persona) untuk produk masing-masing.
- Perkongsian strategi pemasaran melalui media sosial (Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp).
- Perkongsian teknik asas pengiklanan digital dan penjenamaan dalam talian.