| Tarikh | : 29 November 2025 |
| Masa | : 9.30 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | : NADI Guchil |
| Peserta | : 86 Orang |
Tujuan
- Mengeratkan hubungan antara NADI Guchil dan komuniti setempat melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dan interaktif.
- Menggalakkan pemeriksaan awal kesihatan kepada komuniti setempat dan juga kepentingannya.
- Memberi pendedahan berkenaan keselamatan internet kepada pelbagai lapisan umur masyarakat setempat demi meningkatkan kesedaran keselamatan digital di dalam komuniti.
Aktiviti
- Peserta menyertai pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, pameran dan jualan usahawan, puzzle race, memasak dan gubahan dessert, pertandingan makeup, kuiz kempen internet selamat dan saringan kesihatan.
- Peserta memberikan tumpuan yang sepenuhnya sepanjang sesi ceramah keselamatan internet.
- Majlis penutup program berlangsung dengan penyampaian hadiah kepada para peserta dan cabutan bertuah.