mcmc
Laporan Aktiviti

NADI E-SUKAN (MODUL 1) SCAMMER & PERANGKAP DUNIA GAMING – LINDUNGI DIRI, LINDUNGI AKAUN

Tarikh : 10 Mei 2025
Masa : 12.00 tengah hari –  12.30 tengah hari
Lokasi : NADI Guchil
Peserta : 6 Orang 

Tujuan

  • Memberi pendedahan kepada peserta, khususnya remaja dan belia, tentang jenis-jenis penipuan (scam) yang sering berlaku dalam platform e-sukan dan permainan dalam talian.
  • Membantu peserta memahami taktik licik yang digunakan oleh penipu seperti penyamaran akaun rasmi, tawaran palsu, dan penipuan jual beli item permainan.
  • Mengajar cara untuk melindungi akaun permainan daripada digodam atau dicuri, termasuk penggunaan kata laluan selamat, pengesahan dua faktor, dan tidak berkongsi maklumat login.

Aktiviti

  • Petugas NADI membantu peserta mendaftar nama dalam sistem LMS.
  • Petugas mengajar peserta cara untuk ‘log in’ sistem LMS Cybersecurity.
  • Sesi Q & A bersama penceramah.

Gambar Disini