mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2025 : MAHIR (MASAK) – ASMAT BINTI AROH

Nama : Asmat Binti Aroh
Umur : 30 tahun
Ahli : 2 Disember 2022

Latar belakang
Sebelum menyertai kelas NADI Mahir Masak, Puan Asmat kurang mahir memasak walaupun berminat. Setelah ternampak poster promosi di NADI Guchil dan mendapat sokongan suami serta rakan-rakan, beliau nekad menyertai kelas. Di sana, beliau belajar dari asas hingga mahir menyediakan pelbagai hidangan. Kini, beliau mula menerima tempahan hasil kemahiran yang dipelajari.

Sebelum penglibatan NADI
Sebelum menyertai kelas Mahir Masak di NADI, Puan Asmat hanya ke pusat tersebut untuk urusan anak-anak. Segalanya berubah apabila petugas NADI menawarkan kelas memasak kepadanya. Walaupun pada awalnya ragu-ragu kerana tiada pengalaman, beliau akhirnya mencuba. Dengan bimbingan tenaga pengajar, Puan Asmat mula menguasai pelbagai resipi dan teknik masakan, sekali gus membina keyakinan untuk menjadikan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan.

Selepas penglibatan NADI
Selepas menyertai kelas Belajar Mahir Masak di NADI, kemahiran memasak Puan Asmat semakin meningkat. Beliau mula menerima tempahan makanan daripada jiran dan saudara-mara, termasuk kuih-muih dan lauk-pauk. Dengan bimbingan petugas NADI, Puan Asmat belajar cara mengambil gambar makanan dengan menarik dan mempromosikannya di media sosial. Kini, beliau bercita-cita membuka perniagaan makanan sendiri dan ingin membantu wanita lain menjana pendapatan melalui kemahiran memasak. Semua ini bermula dengan satu langkah kecil di NADI.

Gambar Disini