Nama | : Tiong Siok Peen |
Umur | : 43 tahun |
Ahli | : 15 Januari 2025 |
Latar belakang
Sebelum menyertai kelas jahitan atas talian anjuran NADI, Peen langsung tidak mempunyai pengetahuan atau kemahiran menjahit. Baginya, jahitan hanya dilakukan oleh ibunya dan bukan sesuatu yang perlu dipelajari. Dia tidak tahu cara mengendalikan mesin jahit atau memotong kain, malah rasa ragu dan takut untuk mencuba kerana bimbang membuat kesilapan. Namun, dia tidak menyangka suatu hari akan berani memegang gunting, memotong kain, dan menjahit pakaian sendiri.
Sebelum penglibatan NADI
Sebelum terlibat dengan NADI, Peen hanya datang untuk fotostat kerja sekolah anaknya. Suatu hari, petugas NADI menawarkan kelas jahitan kepadanya. Walaupun pada awalnya Peen merasa ragu, dia akhirnya bersetuju untuk mencuba. Melalui kelas itu, Peen mula belajar menjahit dari asas dan lama-kelamaan menjadi lebih yakin dan mahir dalam bidang jahitan.
Selepas penglibatan NADI
Selepas penglibatan di NADI, Peen sudah menguasai asas jahitan bermula dengan menjahit apron. Jahitannya kemas dan rapi, menunjukkan peningkatan kemahiran yang signifikan. Keyakinannya bertambah, membuka peluang untuk belajar projek jahitan yang lebih kompleks. Kini peen boleh menjahit pelbagai jenis pakaian.