Nama | : Muhammad Aliff Aiman Bin Ramli |
Umur | : 15 tahun |
Ahli | : 1 November 2024 |
Latar belakang
Aliff ialah seorang remaja yang meminati permainan video seperti Mobile Legends. Walaupun dia menghabiskan banyak masa dengan permainan tersebut, minat itu tidak pernah diambilnya secara serius. Rakan-rakan yang menganggapnya dia sering membuang masa. Disebabkan hal itu, Aliff mula hilang keyakinan diri dan semakin kurang bermotivasi dalam pelajaran. Namun jauh di sudut hati, dia menyimpan impian untuk membuktikan bahawa minatnya juga mampu membawa kejayaan, asalkan diberi peluang dan sokongan yang betul.
Sebelum penglibatan NADI
Sebelum terlibat dalam kelas kesedaran e-sukan anjuran NADI, Aliff telah diajak oleh kawannya untuk menyertainya. Walaupun pada awalnya dia berasa ragu-ragu, Aliff akhirnya bersetuju. Kehadirannya ke kelas itu membuka matanya terhadap potensi e-sukan sebagai bidang yang bermanfaat dan berdaya saing. Keyakinannya semakin meningkat, dan akhirnya dia memberanikan diri menyertai pertandingan Mobile Legends anjuran NADI.
Selepas penglibatan NADI
Selepas menyertai kelas kesedaran e-sukan di NADI, Aliff mempelajari strategi permainan, kerja berpasukan dan disiplin diri. Kemahirannya semakin meningkat, dan dia berjaya membawa pasukannya mara ke separuh akhir pertandingan Mobile Legends. Sejak itu, Aliff semakin aktif di NADI dan terus melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti e-sukan demi mencapai kejayaan yang lebih besar. Setiap kejayaan yang dimiliki membuatkan Aliff lebih bijak dan bersemangat dalam setiap permainan.