Nama | : Noorhayatie Binti Yahya |
Umur | : 42 tahun |
Ahli | : 25 November 2023 |
Latar belakang
Sebelum menyertai kelas NADI Mahir Baiki Gajet, Puan Hayatie kurang mahir dalam bidang membaiki gejet.Pada suatu hari Puan Hayatie datang ke NADI dan melihat poster tentang mahir baiki gajet. Puan Hayatie terus bertanya dan mendaftar sebagai peserta Mahir Baiki Gajet.
Sebelum penglibatan NADI
Sebelum penglibatan aktif di NADI, Puan Hayatie hanya datang ke pusat ini untuk urusan mencetak dan membuat salinan dokumen. Sebagai seorang suri rumah yang sentiasa dahagakan ilmu, beliau mula menunjukkan minat untuk mempelajari kemahiran baharu. Beliau kemudiannya mendaftar sebagai peserta dalam kursus “Mahir Baiki Gajet” dan sentiasa komited menghadiri setiap sesi kelas yang dianjurkan.
Selepas penglibatan NADI
Selepas penglibatan aktif di NADI, Puan Hayatie banyak mempelajari ilmu berkaitan baik pulih telefon. Sepanjang mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan, beliau berjaya menguasai pelbagai kemahiran teknikal seperti mengenal pasti kerosakan, menukar komponen asas, serta menggunakan peralatan pembaikan dengan betul. Pelbagai ilmu dan pengalaman yang diperolehi bukan sahaja meningkatkan keyakinan dirinya, malah membuka peluang untuk beliau menjadikan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan. Dengan bimbingan berterusan dan sokongan komuniti di NADI, Puan Hayatie kini lebih bersedia untuk melangkah ke dunia keusahawanan dalam bidang baik pulih gajet secara kecil-kecilan dari rumah. untuk menjana pendapatan sampingan dan meningkatkan taraf hidup keluarga.