| Nama | : Azyyati Nur Amalina Binti Yusuf |
| Umur | : 42 tahun |
| Ahli | : 25 November 2024 |
Latar belakang
Sebelum menyertai kelas NADI Mahir Foto, Puan Azyyati hanya mempunyai minat mendalam dalam fotografi tetapi kurang pengetahuan dan kemahiran. Setelah ternampak poster promosi di NADI Guchil serta mendapat sokongan suami dan rakan-rakan, beliau nekad menyertai kelas. Di sana, beliau mempelajari teknik asas hingga mahir termasuk pencahayaan, sudut penggambaran dan suntingan foto. Kini, hasil kemahiran tersebut, Puan Azyyati semakin yakin dan mula menerima tempahan fotografi untuk pelbagai majlis dan produk.
Sebelum Penglibatan NADI
Sebelum menyertai kelas Mahir Foto di NADI, Puan Azyyati hanya ke NADI untuk urusan anak-anak. Segalanya berubah apabila petugas menawarkan kelas fotografi kepadanya. Walaupun pada awalnya ragu-ragu kerana tiada pengalaman, beliau tetap mencuba. Dengan bimbingan tenaga pengajar, beliau menguasai teknik asas seperti pencahayaan, sudut penggambaran dan suntingan foto sehingga yakin menjadikan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan.
Selepas Penglibatan NADI
Selepas menyertai kelas Mahir Foto di NADI, kemahiran fotografi Puan Azyyati meningkat dengan ketara. Beliau bukan sahaja mula menerima tempahan daripada jiran dan saudara-mara, malah mahir mengambil gambar produk secara kreatif untuk promosi di media sosial. Dengan sokongan petugas NADI, beliau semakin yakin, bercita-cita membuka perniagaan fotografi sendiri serta berhasrat membantu wanita lain menjana pendapatan melalui kemahiran ini. Segala kejayaan ini bermula daripada langkah kecil di NADI.