mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2025 : KESEJAHTERAAN KENDIRI – NORIAH BINTI OTHMAN

Nama : Noriah Binti Othman
Umur : 38 tahun
Ahli : 11 Jun 2025

Latar belakang

Puan Noriah merupakan seorang suri rumah yang sering berkunjung ke NADI bagi urusan fotostat kerja sekolah anak-anak. Ketika berada di NADI, beliau tertarik dengan banting program NADI Kesejahteraan Kendiri yang memfokuskan kepada penjagaan kesihatan komuniti. Sebelum ini, Puan Noriah perlu berkunjung ke farmasi untuk membuat pemeriksaan tekanan darah dan paras gula dalam darah secara berkala. Melihat peluang untuk mendapatkan saringan kesihatan secara lebih mudah dan percuma, beliau berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan oleh NADI.

Sebelum Penglibatan NADI

Sebelum terlibat secara aktif dengan program kesihatan di NADI, Puan Noriah hanya melakukan pemeriksaan kesihatan di farmasi apabila perlu. Selepas mengetahui bahawa NADI menawarkan saringan kesihatan percuma, beliau mula hadir secara konsisten untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sekali seminggu. Selain itu, Puan Noriah turut menyertai kelas webinar kesihatan secara dalam talian yang dianjurkan oleh NADI. Penyertaan ini membantu beliau memahami kepentingan pemantauan kesihatan secara berkala serta amalan gaya hidup sihat.

Selepas Penglibatan NADI

Selepas menyertai program NADI Kesejahteraan Kendiri, Puan Noriah memberikan maklum balas yang sangat positif. Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan secara berkala membolehkan beliau memantau tahap tekanan darah dan paras gula dalam darah dengan lebih teratur. Melalui penyertaan dalam webinar kesihatan, beliau memperoleh pengetahuan mengenai pemakanan seimbang, senaman ringan dan penjagaan kesihatan diri. Puan Noriah berasa lebih yakin dan tenang kerana tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik serta terkawal. Program ini bukan sahaja memudahkan akses kepada saringan kesihatan, malah meningkatkan kesedaran dan kualiti hidup beliau. Puan Noriah juga menggalakkan ahli keluarga dan jiran-jiran untuk memanfaatkan kemudahan kesihatan yang disediakan oleh NADI.

Gambar Disini