mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2025 : MAHIR (FOTO) – WAN NUR NAJWA BINTI WAN MOHD NORULL’AZAM

 

Nama : Wan Nur Najwa Binti Wan Mohd Norull’azam
Umur : 21 tahun
Ahli : 12 Ogos 2025

Latar belakang

Najwa merupakan seorang peniaga atas talian yang mempunyai minat untuk menambah kemahiran diri serta menjana pendapatan sampingan, namun kurang pendedahan terhadap peluang latihan dan kemahiran yang sesuai khususnya dalam bidang fotografi. Sebelum ini, Najwa hanya mengetahui kewujudan NADI sebagai pusat kemudahan komuniti tanpa menyedari sepenuhnya peranan NADI dalam pembangunan kemahiran digital, keusahawanan dan program Mahir Foto. Minat Najwa untuk memperbaiki taraf ekonomi keluarga mendorong beliau untuk lebih terbuka mempelajari ilmu fotografi sebagai satu kemahiran baharu yang boleh menyokong perniagaan atas taliannya.

Sebelum Penglibatan NADI

Sebelum terlibat secara aktif dengan program di NADI, Najwa hanya mengunjungi NADI bagi urusan asas seperti penggunaan komputer dan kemudahan internet. Beliau tidak mempunyai keyakinan untuk menyertai kelas atau program kemahiran Mahir Foto kerana merasakan dirinya kurang pengalaman dan pengetahuan dalam bidang fotografi. Pada ketika itu, Najwa hanya mengambil gambar produk secara asas tanpa memahami teknik fotografi yang betul seperti pencahayaan, sudut penggambaran dan suntingan (editing). Selain itu, beliau juga kurang pendedahan terhadap penggunaan teknologi secara efektif untuk menghasilkan visual yang menarik bagi tujuan promosi di platform digital.

Selepas Penglibatan NADI

Selepas menyertai program Mahir Foto yang dianjurkan oleh NADI, Najwa menunjukkan perubahan yang sangat positif dari segi kemahiran dan keyakinan diri. Beliau kini lebih aktif dalam bidang fotografi serta mahir menggunakan peralatan digital dan aplikasi suntingan foto. Melalui pembelajaran ilmu fotografi yang merangkumi teknik pencahayaan, komposisi, sudut penggambaran dan editing, Najwa mampu menghasilkan gambar yang lebih berkualiti dan profesional. Kemahiran ini membolehkan beliau memanfaatkan media sosial dengan lebih berkesan, khususnya dalam menghasilkan kandungan visual bagi promosi produk. Dengan sokongan serta bimbingan berterusan daripada petugas NADI, Najwa kini lebih berani mencuba peluang baharu, yakin menjana pendapatan sampingan melalui fotografi dan berhasrat untuk terus mengembangkan kemahiran dalam bidang ini demi masa depan diri serta keluarga. Perjalanan Najwa membuktikan bahawa penglibatan aktif di NADI mampu memberi impak positif kepada pembangunan individu dan komuniti.

Gambar Disini